Menengah 5EM1(2020)
Selamat datang pelajar-pelajar. Platform ini akan digunakan bagi pembelajaran Bahasa Melayu kamu. Ada bahan-bahan yg akan dimuat naik di sini dan kamu juga akan muat naik tugas kamu melalui platform ini.
Minggu 1
BV
21 Apakah jasa gerai pisang goreng itu kepada penulis sekeluarga?
22 Mengapakah abah masih tetap mahu berniaga walau pun anak-anaknya sudah dewasa dan bekerja?
23 Nyatakan perbezaan antara pisang goreng abah dengan pisang goreng yang dijual di kedai eksklusif.
Pisang Goreng Abah
Pisang Goreng Eksklusif
(Pilih satu daripada isi-isi di atas.Perbanidngan hendaklah sepadan)
24 Bagaimanakah reaksi penulis sekeluarga apabila abah menyatakan keinginannya bergabung dengan pemilik kedai eksklusif? Berikan sebab mereka memberi reaksi tersebut.
Reaksi penulis sekeluarga:
Sebab-sebab:
25 Abah berasa kecil hati dengan respons yang diterima daripada anak-anaknya. Berikan dua bukti bagi menyokong pernyataan ini.
26 Pada pandangan kamu, adakah wajar tindakan abah untuk bergabung perniagaan? Jelaskan sebab-sebab bagi menyokong jawapan kamu.
Wajar. Sebab-sebabnya ialah:
atau
Tidak wajar. Sebab-sebabnya ialah:
· Pemilik kedai eksklusif itu pasti mempunyai agenda tersendiri. Dia ada kepentingan tertentu.
· Pemilik kedai eksklusif itu pasti dapat melihat keistimewaan resipi abah dan mungkin akan mencuri idea resipi abah secara diam-diam kemudian menyingkirkan abah setelah berjaya.
** Pelajar harus nyatakan pendirian wajar atau tidak wajar yang baik terlebih dahulu. Sekiranya tidak, markah 0 serta merta. Setelah nyatakan pendirian, baru beri penjelasan & alasan. Jawapan lain yang munasabah boleh diterima.
27 usai = sudah selesai
28 teguran = celaan, cercaan, kritikan,peringatan
29 bergabung niaga = bersama-sama menjadi atau bertindak sebagai satu kumpulan,bercantum, bersatu dalam berdagang / jual beli
30 mewarisinya = menerima apa yang ditinggalkan, mengikut jejak orang yang sebelumnya
- Punca pendapatan abah untuk menyara kehidupan penulis sekeluarga / menghantar penulis adik-beradik ke menara gading
22 Mengapakah abah masih tetap mahu berniaga walau pun anak-anaknya sudah dewasa dan bekerja?
- Bagi abah, selagi tidak ada orang yang mahu mewarisi kedainya, selagi itulah abah akan terus berniaga.
23 Nyatakan perbezaan antara pisang goreng abah dengan pisang goreng yang dijual di kedai eksklusif.
Pisang Goreng Abah
- Abah mengadun tepung pisang goreng dengan resipi keluarga turun-temurun./ Abah merandau rempah-rempah terpilihnya.
- Abah begitu teliti memilih jenis pisang untuk digoreng
- Harganya juga berpatutan.
Pisang Goreng Eksklusif
- Rempah yang digunakan untuk menggoreng pisang itu tidak sedap.
- Pisangnya kecil dan tidak berkualiti pula.
- Harga pisang gorengnya mahal.
(Pilih satu daripada isi-isi di atas.Perbanidngan hendaklah sepadan)
24 Bagaimanakah reaksi penulis sekeluarga apabila abah menyatakan keinginannya bergabung dengan pemilik kedai eksklusif? Berikan sebab mereka memberi reaksi tersebut.
Reaksi penulis sekeluarga:
- Terkejut / Tidak puas hati / Membantah keinginan abah (1 markah)
Sebab-sebab:
- Pemilik kedai eksklusif itu pasti mempunyai agenda tersendiri dan kepentingan tertentu sehingga mahu mengajak abah bergabung niaga.
- Pemilik kedai eksklusif itu pasti dapat melihat keistimewaan resipi abah dan mungkin akan mencuri idea resipi abah secara diam-diam, kemudian menyingkirkan abah setelah berjaya.
25 Abah berasa kecil hati dengan respons yang diterima daripada anak-anaknya. Berikan dua bukti bagi menyokong pernyataan ini.
- Abah penulis tidak bersuara langsung apabila anak-anaknya bertanya tentang keputusannya. / Sepanjang petang itu, abah penulis lebih diam daripada berbicara.
- Pada keesokan harinya sebelum masing-masing berangkat pulang, abah masih berdiam ketika dipujuk lagi.
26 Pada pandangan kamu, adakah wajar tindakan abah untuk bergabung perniagaan? Jelaskan sebab-sebab bagi menyokong jawapan kamu.
Wajar. Sebab-sebabnya ialah:
- Gerai pisang goreng abah tidak akan terkubur.
- Sekurang-kurangnya ada orang yang ingin meneruskan perniagaan yang sudah lama dibina.
- Lagipun, tidak ada seorang pun anak-anak abah yang ingin meneruskan atau mewarisi perniagaan abah.
atau
Tidak wajar. Sebab-sebabnya ialah:
· Pemilik kedai eksklusif itu pasti mempunyai agenda tersendiri. Dia ada kepentingan tertentu.
· Pemilik kedai eksklusif itu pasti dapat melihat keistimewaan resipi abah dan mungkin akan mencuri idea resipi abah secara diam-diam kemudian menyingkirkan abah setelah berjaya.
** Pelajar harus nyatakan pendirian wajar atau tidak wajar yang baik terlebih dahulu. Sekiranya tidak, markah 0 serta merta. Setelah nyatakan pendirian, baru beri penjelasan & alasan. Jawapan lain yang munasabah boleh diterima.
27 usai = sudah selesai
28 teguran = celaan, cercaan, kritikan,peringatan
29 bergabung niaga = bersama-sama menjadi atau bertindak sebagai satu kumpulan,bercantum, bersatu dalam berdagang / jual beli
30 mewarisinya = menerima apa yang ditinggalkan, mengikut jejak orang yang sebelumnya
EF
21. Mengapakah Amin menganggap abahnya sebagai seorang adiwira?
22. Apakah perkara yang dilakukan oleh Abah sehingga Amin berpendapat bahawa Abahnya disanjungi ramai?
23. Amin mengangguk, tetapi hatinya masih diisi keraguan... (baris 25-26). Jelaskan maksud pernyataan tersebut.
24. Mengapakah Amin berasa bersyukur dan hiba pada hari pertama dia menjadi imam di dalam solat?
25. Abah Amin telah mendidiknya dengan baik. Berikan pendapat kamu tentang pernyataan ini. Jelaskan jawapan kamu dengan contoh-contoh yang sesuai.
26. Menjadi seorang ketua perlu ada sikap tegas dan amanah dalam melaksanakan segala tanggunjawab itu. Berikan dua sikap lain yang perlu ada dalam seorang ketua yang baik.
27. bergema (baris 8): berkumandang (Kata Kerja).
28. lunak (baris 13): lembut (Kata Adjektif)
(Jawapan ’sedap’ tidak diterima)
29. keraguan (baris 26): kesangsian, kewaswasan (Kata Nama)
30. mengambil alih peranan (baris 28): menggantikan tugas / menggantikan tanggungjawab (Frasa)
2m
- Abahnya seorang yang kuat dan mampu melakukan sesuatu pekerjaan yang sukar tanpa sebarang pertolongan seperti seorang adiwira. Sebagai contoh Abah boleh mendukung adik Amin sambil mengangkat barang-barang yang dibeli dari pasar raya.
- Selain itu abah juga boleh mencapai barang-barang yang terletak di rak-rak yang tinggi dan menggantikan lampu tanpa menggunakan tangga.
22. Apakah perkara yang dilakukan oleh Abah sehingga Amin berpendapat bahawa Abahnya disanjungi ramai?
- Abah Amin selalu menjadi imam dalam solat, mengetuai solat. Oleh sebab itu Amin berpendapat bahawa Abahnya seorang imam yang baik dan ketua keluarga yang dihormati oleh ramai orang.
23. Amin mengangguk, tetapi hatinya masih diisi keraguan... (baris 25-26). Jelaskan maksud pernyataan tersebut.
- Dia tidak berasa konfiden / kurang yakin untuk mengimamkan solat kerana dia merasakan bahawa dia tidak akan menjadi seorang ketua sebaik dan selayak abahnya.
24. Mengapakah Amin berasa bersyukur dan hiba pada hari pertama dia menjadi imam di dalam solat?
- Amin berasa hiba, sedih kerana hari pertama dia bersedia menjadi imam ialah hari dia mengimamkan solat jenazah Abahnya yang meninggal dunia pada hari itu.
25. Abah Amin telah mendidiknya dengan baik. Berikan pendapat kamu tentang pernyataan ini. Jelaskan jawapan kamu dengan contoh-contoh yang sesuai.
- Amin seronok solat berimamkan Abahnya. Ini menunjukkan Abahnya telah mendidiknya dengan didikan agama yang baik sehingga Amin berasa seronok bersolat bersama ahli keluarganya. Amin sanggup menunggu kepulangan Abahnya semata-mata ingin berimamkannya.
- Amin menghormati Abahnya. Ini dapat dibuktikan melalui Amin yang tidak suka-suka mengambil tempat Abahnya sebagai imam dalam solat. Amin membiarkan Abahnya menjadi imam dalam solat walaupun Amin sudak layak menjadi imam semasa usianya 20-an tahun. Ini menunjukkan dia hormat akan kedudukan Abahnya yang lebih berpengalaman serta lebih arif dalam hal-hal keagamaan berbanding dengannya. Justeru, lebih layak mengimamkan solat.
26. Menjadi seorang ketua perlu ada sikap tegas dan amanah dalam melaksanakan segala tanggunjawab itu. Berikan dua sikap lain yang perlu ada dalam seorang ketua yang baik.
- Sikap prihatin terhadap perkara / orang yang dipertanggunjawabkan ke atasnya: Tanpa sikap ini seseorang ketua itu akan sukar mendapatkan sokongan daripada orang-orang di sekelilingnya. Ini boleh menyebabkan tugasan mereka terjejas kerana tiada sokongan yang diperoleh daripada orang-orang yang dipertanggunjawab ke atasnya. Sebagai contoh Abah Amin prihatin terhadap Amin dengan memberinya nasihat yang berguna / bernas iaitu dia dia berpesan kepada Amin agar satu hari nanti Amin harus menggantikannya sebagai ketua, menjaga ibun dan adiknya. Nasihat ini berupa satu keprihatinan Abah Amin terhadap kesejahteraan keluarga mereka.
- Hati yang cekal / semangat yang kuat / berdaya tahan: Seorang ketua yang baik akan cekal menghadapi segala dugaan dan cabaran yang menimpanya. Tanpa sikap ini, ketua itu tidak akan mampu menyelesaikan tugasan / tanggungjawabnya. Sebagai contoh Abah Amin tetap akan mengimamkan solat walaupun dia sedang demam atau kurang sihat. Disebabkan sikapnya yang cekal inilah dia dapat memastikan Amin melaksanakan tanggunngjawabnya sebagai seorang muslim yang harus bersolat lima kali sehari
27. bergema (baris 8): berkumandang (Kata Kerja).
28. lunak (baris 13): lembut (Kata Adjektif)
(Jawapan ’sedap’ tidak diterima)
29. keraguan (baris 26): kesangsian, kewaswasan (Kata Nama)
30. mengambil alih peranan (baris 28): menggantikan tugas / menggantikan tanggungjawab (Frasa)
2m
PG
21.Mengapakah debaran mencengkam seluruh tubuh Farah? Dia akan menerima keputusan Peperiksaan Peringkat ‘O’nya pada hari itu.
22.Di dalam petikan, Fiona dikatakan berasa kasihan terhadap Farah. Apakah tujuan Fiona berkata demikian?
Dia sengaja ingin memerli/memandang rendah keadaan kehidupan Farah yang tidak mewah dan tidak mempunyai kelas tuisyen untuk menyokong pelajarannya.
23.Nyatakan satu sifat positif yang terdapat pada Farah beserta bukti.
Farah seorang yang penyabar. Walaupun dia diejek/disindir oleh Fiona, dia tidak mudah melenting.
24.Mengapakah Farah hanya mampu tersenyum (baris 22)?
Dia berpegang pada nasihat arwah ayahnya agar sentiasa merendah diri.
25.Berikan dua pengajaran yang kamu peroleh daripada cerita ini. Sokong jawapan kamu dengan bukti-bukti daripada petikan.
26.Mana mungkin dia dapat meraih anugerah murid cemerlang. Jelaskan pernyataan ini dengan menggunakan bukti-bukti daripada petikan.
Farah berasa mustahil untuk dia menjadi pelajar terbaik dalam peperiksaan tersebut. (2m) Dia mungkin berpendapat bahawa pelajar-pelajar lain yang mempunyai kehidupan yang lebih mewah/yang menghadiri kelas tuisyen lebih layak untuk menerima anugerah tersebut. (2m)
KOSA KATA (Soalan 27-30)
27.dilanda (baris 5): diselubungi, dipenuhi
28.berpaling (baris 8): mengalihkan pandangan
29.meraih (baris 27): memperoleh
30.terpinga-pinga (baris 30): tercengang-cengang kehairanan

- Kita harus bersikap rajin dan bekerja keras untuk mencapai matlamat kita dalam hidup tanpa menyalahkan takdir/keadaan hidup.
- Bukti: Farah tetap bekerja keras untuk mendapat keputusan yang cemerlang walaupun dia bukan dari keluarga yang mewah.
- Kita tidak harus memandang rendah/remeh/menghina orang lain kerana kekurangan mereka.
- Bukti: Fiona memandang rendah terhadap kebolehan Farah hanya kerana dia tidak mewah dan mempunyai ibu yang buta.